Isnin, 3 Oktober 2011

Analisis: Perkasa ekonomi domestik

Kenaikan kos sara hidup masih belenggu masyarakat, beri tamparan pertumbuhan.

PEMBENTANGAN bajet kerajaan yang diadakan setiap tahun sememangnya menjadi perhatian kepada segenap lapisan masyarakat. Apatah lagi apabila negara sedang menghadapi cabaran yang getir akibat daripada krisis hutang di negara maju.

Selain itu, kenaikan kos sara hidup yang masih membelenggu masyarakat juga mampu memberikan tamparan terhadap momentum pertumbuhan ekonomi. Persoalan yang timbul, adakah kewangan kerajaan masih mampu untuk menyokong pertumbuhan ekonomi? Defisit kewangan serta kenaikan hutang kerajaan memberi tanggapan kepada kita bahawa kerajaan tidak mempunyai ruang yang luas untuk memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar bagi memacu pertumbuhan ekonomi.

Untuk rekod, nisbah hutang kerajaan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada sekitar 53 peratus bagi tempoh separuh tahun pertama 2011. Angka ini agak tinggi jika di bandingkan sebelum berlaku kemelesetan ekonomi dunia iaitu 41 peratus yang dicatatkan pada 2008.

Oleh itu, harapan yang realistik terhadap pembentangan Bajet 2012 seharusnya menjadi teras kepada setiap masyarakat memandangkan kerajaan perlu berhati-hati di dalam setiap usul belanjawan negara.
Ini bagi memastikan setiap ringgit yang di belanjakan akan mampu menjana dan memperkasakan pertumbuhan ekonomi terutama di dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.

1 ulasan:

EyA edamanhatiku berkata...

ermm ekonomi2 ne xfham la hehe..xckup ilmu nk ulas