Sabtu, 24 Disember 2011

Mati Lepas Alat Kelamin Putus Digigit Tikus


Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, demikian menurut laporan sebuah media tempatan. Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.

Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut. “Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus,” kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita. Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu. Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada Sabtu lepas, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya. Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Dis lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut.

Jumaat, 23 Disember 2011

HIV/AIDS Kini Meningkat Melalui Aktiviti Seks


Cara jangkitan berpunca daripada perkongsian jarum suntikan kepada melalui aktiviti seks tidak selamat menyebabkan bilangan mereka yang menghidap HIV/AIDS di Malaysia meningkat, kata Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Rahim Khan. Beliau berkata perubahan itu memberi kesan besar dalam usaha kerajaan membendung masalah jangkitan HIV dan AIDS kerana meletakkan wanita sebagai kumpulan sasar yang terdedah kepada penyakit tersebut.

Sebagai bukti, bilangan wanita yang dijangkiti HIV semenjak 10 tahun lalu berganda tiga kali dengan nisbah 1.2 peratus pada 1990 kepada 9.4 peratus di tahun 2000. Mohd Zaman berkata sehingga Dis 2009 seramai 9,891 orang didapati menghidap HIV dan AIDS di Malaysia terutama melalui hubungan seksual seperti heteroseksual, homoseksual dan transeksual yang mencatat 48.7 peratus melepasi jangkitan akibat penggunaan dadah melalui suntikan iaitu sebanyak 47.4 peratus.

Jangkitan secara vertikal terus meningkat sebanyak 1.2 peratus atau 40 kes di mana 13 daripada kes berlaku di kalangan kanak-kanak bawah umur dua tahun. Kelantan mencatat kadar penghidap HIV tertinggi dalam negara, iaitu pada 2010 sebanyak 28.8 kes untuk setiap 100,000 penduduk, dua kali ganda tingginya berbanding kadar kebangsaan 12.9 kes.

Kematian akibat HIV dan AIDS tahun lepas di Kelantan mencatat bilangan tertinggi iaitu seramai 156 orang. Diikuti Selangor 144 kes, Pahang (96), Johor (94), Perak (73), Terengganu (71), Kuala Lumpur (57) dan Kedah 55 kes. Negeri-negeri lain seperti Perlis sebanyak 11 kes, Pulau Pinang (21), Negeri Sembilan (33 ), Melaka (29 ) dan Sabah sebanyak 25 kes.

Khamis, 22 Disember 2011

Satu Isteri, Dua Suami….Satu Katil!


Lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik. Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik…tetapi itu GILA namanya!
Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Kisahnya begini.
Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya, Saiful. Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka.
Hadi, seorang kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis. Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri itu. Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan Umi Khasanah…dan cintanya bersahut!

Entah bagaimana, kedua-duanya berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami.
Lebih menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu. Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis.
Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap. Tak tahu nak kata apa lagi…dunia akhir zaman…..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Lima lelaki menyamar polis larikan muatan getah beku bernilai RM300,000


Lima lelaki yang menyamar sebagai anggota polis melarikan sebuah lori memuatkan getah beku bernilai RM300,000 dalam kejadian samun di sebatang jalan di Kawasan Perindustrian Benus, Bentong, semalam. Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian berlaku kira-kira 2.40 pagi ketika lori itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Jelebu, Negeri Sembilan.

Lori tersebut diberhentikan di tepi jalan kerana pemandunya mahu membuang air kecil. Tidak lama kemudian sebuah kereta Proton Waja berhenti di depan lori itu sebelum dua lelaki keluar dan mengaku mereka polis serta berpura-pura hendak memeriksa air kencing mangsa. Salah seorang daripada suspek kemudian meletakkan pisau di leher pemandu lori itu serta memaksanya masuk ke dalam kereta terbabit di mana terdapat tiga lagi lelaki.

Dua daripada suspek kemudian ditinggalkan bersama kelindan berusia 30an itu, manakala pemandu lori berusia 41 tahun tersebut dibawa dengan kereta menuju ke Karak. Suspek bagaimanapun berpatah balik selepas mendapati ada sekatan jalan raya sebelum menuju ke Jalan Lama Gombak-Genting Highlands dan meninggalkan mangsa di Km 16 jalan berkenaan.

Rabu, 12 Oktober 2011

Klon Osama Nak Saman FBI

Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden

Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.

Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan.

Khamis, 6 Oktober 2011

Pengasas Apple Meninggal Dunia


Pengasas Apple meninggal dunia: Gambar fail menunjukkan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs tersenyum ketika melancarkan model baru iPhone di San Francisco pada 7 Jun tahun lalu. Apple dalam satu kenyataan ringkas hari ini mengumumkan Jobs meninggal dunia pada umur 56 tahun. Jobs bergelut dengan penyakit kanser sejak 2004

Selasa, 4 Oktober 2011

Kren Hempap Rumah Di Pulau Pinang

Keadaan Kren Yang Menghempap Rumah Berhampiran

Seorang lelaki terbunuh manakala tiga lagi cedera parah apabila sebuah kren tumbang dan menghempap tiga buah rumah di persimpangan Jalan Transfer dan Jalan Sri Bahari tengah malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata Leong Yee Khoon, 64, yang dipercayai tidur di sebuah bilik di tingkat dua rumahnya maut dalam kejadian yang berlaku pada pada 12.15 tengah malam.

Tiga lagi anggota keluarga Leong iaitu Luaran Chooi Guan, 77, isteri Luaran, Chew Hong Choo, 76, dan anak mereka, Seong Ean, 55, yang tinggal di rumah yang sama mengalami kecederaan parah. Mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. Azmi berkata kejadian dipercayai berlaku selepas kren yang digunakan untuk membina sebuah hotel 20 tingkat di tapak pembinaan bertentangan dengan rumah mangsa terjatuh lalu menghempap tiga buah rumah di situ.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Kemungkinan kren itu terjatuh ekoran angin kencang. Anggota bomba menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat Leong yang tertimbus dalam runtuhan. Kejadian itu turut menyebabkan bangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang terletak di belakang rumah-rumah yang terlibat itu, turut rosak.

Isnin, 3 Oktober 2011

Si Manis : Follower Pertamaku

MZJ nak ucap tahniah kepada Cik ke Puan MZJ tak pasti yang menggelarkan dirinya SIMANIS kerana telah menjadi Follower MZJ yang pertama dan memang MZJ dah niat nak bagi hadiah special entry kepada sesiapa yang menjadi 1st Follower blog ni..

Ni Bukti dia ni follwer 1st MZJ :
Serba Sedikit tentang SIMANIS

Ni Header dia (Simple but Nice) :


Rasanya dia duk kat pahang keje cikgu kot...(base on ape dia declare kat blog dia la..). Banyak entry2 menarik yang boleh dikongsi kat blog SIMANIS ni yang sungguh berinformatif. Follower dia pun dah mencecah 984 Follower (Base on Record pada 03/10/2011 12:05 P.M) ramai tu...huhuhuh..

So tak rugi kalau korang singgah2 blog SIMANIS ni sebab MZJ rasa dia seorang yang cepat mesra dan peramah (Betul tak SIMANIS?) ni address blog dia : http://www.syima.com/ Dia dah ade domain sendiri...advance2..MZJ still guna Blogspot...heheheh..

So, Thank A Lot  SIMANIS coz sudi jadi Follower MZJ yang pertama dan ini special Entry buat kamu..Dan kepada semua pengunjung2 blog MZJ sudi2 lah singgah selalu ke bolg MZJ ni...Selamat Berblog..

Analisis: Perkasa ekonomi domestik

Kenaikan kos sara hidup masih belenggu masyarakat, beri tamparan pertumbuhan.

PEMBENTANGAN bajet kerajaan yang diadakan setiap tahun sememangnya menjadi perhatian kepada segenap lapisan masyarakat. Apatah lagi apabila negara sedang menghadapi cabaran yang getir akibat daripada krisis hutang di negara maju.

Selain itu, kenaikan kos sara hidup yang masih membelenggu masyarakat juga mampu memberikan tamparan terhadap momentum pertumbuhan ekonomi. Persoalan yang timbul, adakah kewangan kerajaan masih mampu untuk menyokong pertumbuhan ekonomi? Defisit kewangan serta kenaikan hutang kerajaan memberi tanggapan kepada kita bahawa kerajaan tidak mempunyai ruang yang luas untuk memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar bagi memacu pertumbuhan ekonomi.

Untuk rekod, nisbah hutang kerajaan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada sekitar 53 peratus bagi tempoh separuh tahun pertama 2011. Angka ini agak tinggi jika di bandingkan sebelum berlaku kemelesetan ekonomi dunia iaitu 41 peratus yang dicatatkan pada 2008.

Oleh itu, harapan yang realistik terhadap pembentangan Bajet 2012 seharusnya menjadi teras kepada setiap masyarakat memandangkan kerajaan perlu berhati-hati di dalam setiap usul belanjawan negara.
Ini bagi memastikan setiap ringgit yang di belanjakan akan mampu menjana dan memperkasakan pertumbuhan ekonomi terutama di dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.