Khamis, 16 Ogos 2012

16/08/2012 "menghala tol MRR2 ke BENT0NG karak"


 2 gambar kecil yang sempat saya snap di lebuh raya bentong.

Sebaik saja PASUKAN GERAK PANTAS membuat rondaan di tol menghala pantai timur sangat sesak lalu lintas dan keadaan cuaca tidak berapa cantik hujan lebat sehingga membuat jalan basah dan licin akibat tumpahan minyak-minyak di atas jalan sehingga jalan menjadi licin..

Jadi hati-hati la memandu di lebuh raya,banyak agensi-agensi yang membuat pantauan di lebuh raya seperti JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM),POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM),JABATAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA (JPJ),dan BOMBA MALAYSIA..

Tidak lupa juga ada sidang-sidang akbar seperti TV1,TV3 dan ASTRO AWANI yang bertapak di GENTING SEPAH tujuan membuat rakaman siaran langsung di tol-tol yang sesak dengan perayaan AIDILFITRI..

Sesiapa yang mahu pulang ke kampung rancang la perjalan dengan baik supaya sampai kedestinasi anda,sekiranya berlaku sebarang yg tidak di ingini talipon la agensi-agensi yang berkenaan di tol-tol tersebut,

"akibat tidak bersyukur apa yg ALLAH bg"Muka cedera selepas guna pakej percuma


menunjukkan laporan polis dan gambar kerosakan pada kulit mukanya di Petaling Jaya semalam.


 Gara-gara mahukan kulit yang cantik dan menawan, seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan akibat kecederaan di bahagian muka berikutan alahan selepas menerima tawaran mencuci muka secara percuma di sebuah pusat kecantikan pada 30 Mei lalu.

Wanita tersebut, Choo Pee Lay, 34, berkata, sesi mencuci muka secara percuma tersebut diberi berdasarkan pakej kecantikan yang diambilnya pada 29 April lalu dengan bayaran deposit sebanyak RM3,800.

“Saya merupakan ahli kepada pusat kecantikan tersebut selama dua tahun dan sebelum ini saya tidak mengalami sebarang masalah selepas menggunakan produk mereka.

“Namun saya tidak tahu kenapa muka saya menjadi merah dan gatal selepas dicuci menggunakan produk pakej percuma sehinggakan saya tidak dapat bekerja selama seminggu,” katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA Selangor di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book.

Penjahat bulan Ramadan dicekup


DUA suspek yang terlibat kes pecah rumah di Seksyen 1, Wangsa Maju ditahan di Balai Polis Wangsa Maju kelmarin.



 Ketika umat Islam sibuk membuat amal ibadat pada hari-hari terakhir bulan Ramadan, lain pula perangai dua lelaki yang mengambil kesempatan memecah masuk beberapa buah rumah di Wangsa Maju di sini dipercayai bagi mengumpul duit raya.

Dua suspek warga tempatan itu bijak memilih masa apabila menyasarkan apartmen yang tiada penghuni sama ada pemiliknya keluar ke surau, masjid atau berbuka puasa.
Kegiatan dua sahabat itu terbongkar apabila mereka dilihat berada dalam keadaan mencurigakan dengan berlegar-legar di sekitar sebuah flat di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 30-an itu kemudian cuba memecah masuk dua buah rumah di Blok A1 dan Blok A10 tetapi tidak berjaya kerana ramai penghuni lalu lalang di flat itu.

Selepas kegagalan itu, kedua-dua suspek berpisah untuk melakukan pecah rumah secara berseorangan.

Rabu, 15 Ogos 2012

"hampa tidak dapat raya tahun ini"Mati ngeri digilis, diseret treler


PASUKAN keselamatan mengusung mayat Muhammad Nazhif yang maut selepas diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler dalam kemalangan di Melaka.

MELAKA – Seorang pelajar menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia digilis dan diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler membawa muatan jubin dalam kemalangan di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Hospital Pantai di sini kelmarin.
Kejadian pukul 10 malam itu mengakibatkan Muhammad Nazhif Sharif, 17, (gambar) mati di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan ke pusat bandar untuk membeli baju raya di Ayer Keroh.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kereta Proton Wira sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
“Pada masa sama, sebuah treler yang berada di belakang menyambar tubuh mangsa lalu diseret sejauh 50 meter sebelum kenderaan berat itu berhenti,” katanya.
Sementara itu, mengimbau semula tragedi itu, rakan mangsa, Ng Kok Leng, 16, berkata, sebelum kejadian dia dan dua rakan termasuk mangsa baru pulang dari sebuah pasar raya.
Katanya, mangsa kemudian mengajak mereka ke Bazar di Taman Cempaka, Peringgit untuk mencari baju raya selepas pakaian di pasar raya itu tidak berkenan di hatinya. Jarak antara dua tempat itu kira-kira lima kilometer.

"gelagat tol sempena raya aidilfitri"Rebat tol PLUS 30 peratus


PENGGUNA Lebuh Raya Utara-Selatan akan menikmati rebat tol sehingga 30 peratus pada musim perayaan ini.


KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Bhd. (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid (gambar kecil) berkata, rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.
"Rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
"Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Noorizah berkata, pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak.
Katanya, rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Selasa, 14 Ogos 2012

Makanan, Minuman Percuma Di Petronas Sempena Hari Raya

 Makanan, Minuman Percuma Di Stesen Petronas

Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menyediakan makanan dan minuman percuma kepada orang ramai di 32 stesen minyak Petronas di lebuh raya dan jalan raya utama di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, kempen `Petronas Coffee Break’ tersebut akan melibatkan dua fasa iaitu 15 hingga 18 Ogos ini dan 23 hingga 26 Ogos ini.
“Menerusi kempen ini Petronas menggalakkan pemandu untuk berhenti berehat serta menyegarkan diri di stesen Petronas sebelum menyambung semula perjalanan.

“Antara makanan dan minuman percuma adalah Old Town Coffee, minuman buah-buahan Tropicana Twister, Biskut Julie’s dan makanan ringan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Amir Hamzah berkata, kempen ‘Petronas Coffee Break’ selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya semasa musim perayaan.

Sehubungan itu, katanya, melalui kempen sama PDB turut menawarkan panduan keselamatan jalan raya kepada orang ramai serta membekalkan minyak kepada 50 buah kenderaan St John Ambulance Malaysia. Jelas beliau, bekalan minyak tersebut untuk memudahkan kenderaan St John Ambulance terbabit menjalankan perkhidmatan kecemasan lebuh raya di sepanjang musim perayaan ini.