Khamis, 22 Disember 2011

Satu Isteri, Dua Suami….Satu Katil!


Lelaki beristeri lebih daripada seorang bukanlah sesuatu yang janggal, bagaimana pula kalau si isteri bersuami dua, sudah tentu bunyinya pelik. Dan bagaimana pula kalau si isteri itu tadi berkongsi katil dengan kedua-dua suaminya itu? Itu bukan janggal, bukan pelik…tetapi itu GILA namanya!
Tetapi itulah yang terjadi di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Kisahnya begini.
Umi Khasanah, berusia 44 tahun, mencari rezeki dengan mengumpul barang-barang lama dan telah pun berkahwin dengan suaminya, Saiful. Kemudian hadir Hadi (47 tahun) dalam hidup mereka.
Hadi, seorang kakitangan pusat kesihatan sebelum itu telah diusir keluarganya kerana ditangkap berkhalwat dengan seorang gadis. Hampir dua tahun lamanya Hadi tinggal menumpang di rumah suami isteri itu. Bagaikan sebuah drama televisyen, Hadi tiba-tiba jatuh cinta dengan Umi Khasanah…dan cintanya bersahut!

Entah bagaimana, kedua-duanya berjaya dikahwinkan walaupun Umi Khasanah sudah pun bersuami.
Lebih menjelikkan, ketiga-tiga mereka berkongsi katil dan Saiful dikatakan selamba saja menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan ‘madunya’ itu. Bagaimanapun kisah rumah tangga ‘pelik’ itu berjaya dihidu penduduk kampung yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pasukan polis.
Akhirnya ketiga-tiga mereka telah ditangkap. Tak tahu nak kata apa lagi…dunia akhir zaman…..

7 ulasan:

Unknown berkata...

aiseymen..sebab tu indon berlaku banyak bende di luar jangkaan..sbg contoh, gempa bumi..herm, mcm2..alhamdulillah msia xdek golongan mcm tu..

ch000tz berkata...

errkkkkk ????? apaakahhhhh apakahhh????


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-jalanan.html

ch000tz berkata...

eyh lupa plak.....i follow u here :D follow me back okes ...xoxo

kacang berkata...

aiyoooo....

Unknown berkata...

da xde keje len la 2..

http://pendapatniaga.blogspot.com/2011/12/psikologi-dalam-perniagaan-part-1.html

misshannajr berkata...

giler kentang sungguh la nafsu serakah pompuan itu hahaha..rasa nak pukul dgn dayung jer laki dia yg dayus tersebut

siti suraya berkata...

ape nak jadi entah . pelik2 je '=.=