Selasa, 14 Ogos 2012

Makanan, Minuman Percuma Di Petronas Sempena Hari Raya

 Makanan, Minuman Percuma Di Stesen Petronas

Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menyediakan makanan dan minuman percuma kepada orang ramai di 32 stesen minyak Petronas di lebuh raya dan jalan raya utama di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, kempen `Petronas Coffee Break’ tersebut akan melibatkan dua fasa iaitu 15 hingga 18 Ogos ini dan 23 hingga 26 Ogos ini.
“Menerusi kempen ini Petronas menggalakkan pemandu untuk berhenti berehat serta menyegarkan diri di stesen Petronas sebelum menyambung semula perjalanan.

“Antara makanan dan minuman percuma adalah Old Town Coffee, minuman buah-buahan Tropicana Twister, Biskut Julie’s dan makanan ringan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Amir Hamzah berkata, kempen ‘Petronas Coffee Break’ selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya semasa musim perayaan.

Sehubungan itu, katanya, melalui kempen sama PDB turut menawarkan panduan keselamatan jalan raya kepada orang ramai serta membekalkan minyak kepada 50 buah kenderaan St John Ambulance Malaysia. Jelas beliau, bekalan minyak tersebut untuk memudahkan kenderaan St John Ambulance terbabit menjalankan perkhidmatan kecemasan lebuh raya di sepanjang musim perayaan ini.

4 ulasan:

Fahz berkata...

oklah tu kan.setidak2nya pengguna plus dpt manfaat dihari raya nie. :)

eimah siti berkata...

wahhhh....dapat FREE....sapa tak mau....hehhehe...cik siti balas kunjungan...and follow

tirahzairi berkata...

best3

Asmieza As berkata...

saya balas kunjungan awak.

btw best jugak kalau bg free ni . :D nak kena singgah selalu lah.