Rabu, 15 Ogos 2012

"gelagat tol sempena raya aidilfitri"Rebat tol PLUS 30 peratus


PENGGUNA Lebuh Raya Utara-Selatan akan menikmati rebat tol sehingga 30 peratus pada musim perayaan ini.


KUALA LUMPUR - PLUS Expressways Bhd. (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid (gambar kecil) berkata, rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.
"Rebat tol tersebut diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.
"Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Noorizah berkata, pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak.
Katanya, rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Tiada ulasan: